Versi Aishah Tiada Lagi Tangisan

"Tiada Lagi Tangisan"
Single oleh Aishah
Dikeluarkan pada7 Januari 2006
GenrePop
SyarikatBMG Music (Malaysia)
PenerbitAdnan Abu Hassan

Lantaran tidak dijadikan single, penerbit lagu ini iaitu Adnan sendiri bertindak merakamkan semula lagu ini dengan vokal penyanyi senior iaitu Aishah pada tahun 2005. Lagu ini dijadikan single pengenalan untuk album ke-10 penyanyi itu berjudul Kurnia yang diterbitkan pada 2006.

Akibatnya, lagu ini bersaing populariti bersama single ke-4 daripada Misha iaitu Riwayat Cinta. Lagu Tiada Lagi Tangisan bagaimanapun ternyata popular di tangan Aishah, dan mendaki carta radio.

Dinyanyikan oleh peserta Akademi Fantasia

Lagu ini juga telah dinyanyikan oleh Idayu, seorang peserta Akademi Fantasia musim ke 3 (2005), ketika berlangsungnya konsert mingguan minggu ke-4. Adnan sendiri salah seorang tenaga pengajar di AF3 ketika itu. Biarpun menyanyikan dengan cemerlang, Idayu bagaimanapun disingkirkan pada minggu tersebut.

Aishah juga hadir memberi sokongan ketika konsert minggu tersebut.